Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Oct-2013 11:32 Email | Share | | Bookmark
Non Returnable: My Special Child from Heaven

Non Returnable
SYNOPSIS:

Despite having a life most people would have coveted, I was not a hundred percent satisfied. I had always longed for a daughter, thinking that having one would complete me. I already had two beautiful sons when my wish for a daughter was granted via an adoption. Unknown to my husband and me, the daughter we were bestowed with is a special needs child. From the first day we laid eyes on her, she was plagued with one health complication after another. The first six months of her life were spent in various hospitals as I searched for a cure for her ailments.

This book covers the first few months of my daughter’s life as she struggled to stay alive and I struggled to come to terms with what God had bequeathed upon me. It presents my thoughts as I processed and tried to cope with what was happening in my life in those months – from the day we first heard about her up to the moment
I finally accepted my daughter for what she is and the fact that my life would never be the same again.

About the author
Born in Kota Bharu, Kelantan, Wati Knussi was raised in Kuala Lumpur. At the age of 18, she left Malaysia for studies in the United States, where she got her BS in Entrepreneur Management from Northern Illinois University and MBA from Loyola University New Orleans. In 1989, she came back to Kuala Lumpur, where she met her husband, Andreas. She has been living in different countries around Asia since then. Currently, she lives with her family in Dalian, China.


BOOK DETAIL:
Title: Non Returnable: My Special Child from Heaven
Author/Editor: Wati Knussi
New Pb 277 pp.
Subject:Based on Real Story
ISBN: 9789832344209
Publisher: Gerakbudaya
Published: 2013
Price Starting at: RM32.00*
*excluding postage charges

To order;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Non Returnable>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Thursday, 24-Oct-2013 17:35 Email | Share | | Bookmark
Obscura: Merapat Renggang

Obscura
Dari Meja Obscura

SEBUAH INGATAN TERHADAP BUDAYA

Paling tidak, sejak tiga atau empat tahun dulu, sembang-sembang di meja warung di antara beberapa orang teman terdekat selalu menyebut - atau lebih tepat, berangan - untuk memunculkan sebuah penerbitan khusus yang cuba menampuing pelbaai hal-hal yang terpinggir dari pentas tengah masyarakat, dengan tumpuan utama tentunya diberikan kepada perihal seni budaya.

Kerana satu sebab mungkin; kurangnya hal-hal ini dibincangkan di dalam penerbitan bahasa Melayu dengan kecenderungan yang lebih segar dan terbuka. Pengamatan seperti ini barangkali tidaklah salah sepenuhnya; Malaysia, dengan segala macam kemegaham materi, masih kurang rancak menghasilkan penerbitan-penerbitan yang berbaur serius, terkecuali tentunya daripada tulisan-tulisan akademik.

Apa lagi jika melihat kesuraman perkembangan sastera, yang masih tertambat dengan cara pandang dan aturan institusi yang menjemukan, yang sama ada kita suka atau tidak, terkesan mengheret budaya penulisan yang ada kini menjadi beku; tidak seperti peranan yang pernah dimainkan dulu-dulu. Begitu juga, tidak banyak lagi interaksi di peringkat luar. Misalnya, tiada lagi saing-tukar kegetiran bersastera antara Malaysia dan Indonesia seperti yang pernah disaksikan dalam tahun-tahun 1960an, yang diterbitkan secara bersahaja dan mudah dicapai oleh sesiapa yang berminat waktu itu. Kita kini seolah-olah memencilkan diri sendiri dan tak sedar rupanya sedang leka dibuai mimpi. Sedangkan, yang berlaku adalah sebaliknya.

Seni budaya yang ada hari ini adalah sebuah cababg yang rencam dan majmuk. Ini perlu dimunculkan, dibawa ke tengah masyarakat untuk diberi peluang menampakkan dirinya. Dan, untuk itu, ia erlu memikat. Perlukan udara yang lain sebagai pelengkap baru untuk membolehkannya terus bernafas dan berkembang. Tak ada siapa memilikinya secara mutlak, dan tak ada siapa yang terlepas daripada pelukannya - budaya.

Untuk itu, saya memenukan imej dari kata 'Obscura.' Samar-samar tetapi tertumpu. Aneh-aneh yang hrapnya ada magis. Tertutup rapat, tetapi sebenarnya di sebelah pintu itu terbentang satu ruang lain yang terbuka seluasnya untuk seberapa ramai yang igin berkongsi mimpi yang sama. Kabur, atau panggil apa saja yang diinginkan. Walaupun isitlah ini tidak berjejak dan tidak berakar di dalam bahasa Melayu tegar, ia bagaimanapun mencerminkan hasrat asal yang terkandung; sebagai sebuah permenungan dan cerminan, sebagai sebuah pertembunagn dan kompleksiti yang terbit terutamanya ketika membincangkan lanskap dunia penulisan kontemporari tempatan.

Sebagai permulaan, penerbitan ini (yang lebih senang mengambil semangat sebuah jurnal) yang diberi judul Obscura: Merapat Renggang adalah tatih mula yang cuba berdikari dan akan cuba untuk terus berjalan dengan tegap sebelum boleh untuk membayangkan yang jauh-jauh. Dengan itu, setiap satu isi yang ditanamkan diperut buku ini membawa ambaran kasar tentang arah tuju dan maksud penerbitan ini, tentunya dengan ruang untuk penambahbaikan yang sentiasa terbuka.



MAKLUMAT BUKU

Judul: Obscura: Merapat Renggang
Penyunting: Hafiz Hamzah
ISBN: 9789671118702
Halaman:140
Tahun terbit: 2013
Harga: RM25*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Obscura>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)



Wednesday, 23-Oct-2013 12:00 Email | Share | | Bookmark
The Spirit of Merdeka

The Spirit of Merdeka
Summary: After the exciting and dramatic 2013 General Election, KEADILAN and Pakatan show that the new political landscape is here to stay. Yet many wonder, what does KEADILAN have to offer? Are there new and future leaders being built up within the party? Would it be a party truly embracing a new political culture or stuck with more of the same old politics of the past?

The book provides a platform for young KEADILAN leaders to offer ideas, proposals for solutions and policy discussion in line with the party’s reform agenda such as education, health, economy, environment, etc. They also present the ideological framework taken by the KEADILAN leaders in forming future leadership positions.

Book Title: The Spirit of Merdeka: A Collection of Essays by Young KEADILAN Leaders
Editors: Nik Nazmi Nik Ahmad & Tricia Yeoh
Foreword: Nurul Izzah Anwar
Editors Bio: NIK NAZMI NIK AHMAD is the Deputy Speaker of the Selangor State Assembly and Selangor Assemblyman for Seri Setia. He was formerly the Private Secretary to Anwar Ibrahim, the Political Secretary to Selangor Menteri Besar and KEADILAN Communications Director. He has authored two books, Moving Forward: Malays for the 21st Century (also published in BM as Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21) and Coming of Age: A Decade of Essays 2001-2011.

TRICIA YEOH is the Chief Operating Officer of the Institute for Democracy and Economic Affairs. She was formerly Research Officer to the Menteri Besar of Selangor, Director of Centre of Public Policy Studies and assisted the Pakatan Rakyat Secretariat and Institut Rakyat. She is the author of States of Reform: Governing Selangor and Penang and editor of the Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor. She also directed Rights of the Dead, a documentary about the tragic death of Teoh Beng Hock.

ISBN: 978-967-12132-0-9
Date of Publication: 15 November 2013
No. of Pages: 140 pages
Retail Price: RM 24.90*
*excluding postage charges

To order;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <The Spirit of Merdeka>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Tuesday, 22-Oct-2013 06:34 Email | Share | | Bookmark
JIWA MERDEKA

JIWA MERDEKA
RUMUSAN
Rumusan: Selepas pilihan raya 2013 yang cukup dramatik, KEADILAN dan Pakatan telah membuktikan bahawa lanskap politikal baru akan terus berkekalan. Namun ramai bertanya, apakah sebenarnya yang ditawarkan KEADILAN? Adakah wujud pimpinan baru dan muda yang sedang dilahirkan di dalam parti? Adakah KEADILAN akan menjadi sebuah parti yang benar-benar menjiwai budaya politik baru atau hanya mengikut politik usang dan jumud? Buku ini menyediakan platform untuk pimpinan muda KEADILAN menawarkan idea, cadangan penyelesaian dan perbincangan dasar selari dengan agenda perubahan parti seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan lain-lain lagi. Mereka turut membentangkan kerangka ideologi yang digunapakai oleh pimpinan KEADILAN di dalam menentukan pandangan-pandangan di masa hadapan.

Biodata Penyunting:
NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, ADUN Seri Setia dan Pengarah Eksekutif Pusat Sepakat Sdn.Bhd. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Komunikasi KEADILAN. Pernah menulis dua buah buku iaitu Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad Ke-21 dan Coming of Age: A Collection of Essays 2001-2011.

TRICIA YEOH ialah Ketua Pegawai Operasi IDEAS. Sebelum ini beliau merupakan Pegawai Penyelidik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan pernah menjadi Pengarah Centre for Public Policy Studies ASLI. Beliau kemudiannya berkhidmat di Sekretariat Pakatan Rakyat dan
Institut Rakyat. Beliau adalah penyunting buku Liku-Liku Reformasi: Pakatan Rakyat di Selangor dan pengarang States of Reform: Governing Selangor and Penang. Dokumentari beliau, “The Rights of the Dead”, yang menceritakan kisah Teoh Beng Hock yang meninggal dunia pada tahun 2009 di bawah pengawasan SPRM.

MAKLUMAT BUKU
Judul Buku: Jiwa Merdeka: Himpunan Esei Pimpinan Muda KEADILAN
Penyunting Buku: Nik Nazmi Nik Ahmad & Tricia Yeoh
Kata Pengantar: Nurul Izzah Anwar
Tarikh terbit: 27 November 2013
Bilangan mukasurat: 157 helai
Harga pasaran: RM24.90*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <JIWA MERDEKA>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Tuesday, 8-Oct-2013 12:41 Email | Share | | Bookmark
DVD JALAN PINTAS

 
Jalan Pintas merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar -seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga –ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

Maklumat DVD:
Judul: JALAN PINTAS
Terbitan: Rumah Anak Teater & Hyper Pictures
Arahan: Nam Ron
Durasi: 75 minit
Tahun terbit: 2011
Harga: RM25.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <JLNPINTAS>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net