Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Apr-2013 15:44 Email | Share | | Bookmark
Buku Skrip M.BUTTERFLY

MBUTTERFLY
SINOPSIS

Drama diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly David Henry Hwang. Babak pertama memperkenalkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam melekat kepada kedutaan Perancis di China. Dia jatuh cinta dengan diva opera Cina cantik, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita. Dalam opera Beijing tradisional, perempuan telah diharamkan dari pentas semua peranan-peranan wanita dan telah dimainkan oleh lelaki. Babak kedua bermula dengan Song datang ke Perancis dan melanjutkan perhubungannya dengan Gallimard. Mereka berada bersama untuk 20 tahun sehingga perkara sebenar dibongkar , dan Gallimard dituduh penderhakaan dan dipenjarakan yang tidak dapat menghadapi fakta itu yangnya "wanita yang sempurna" sebenarnya seorang lelaki, bahawa telah menggayakan kerana seorang wanita selama 20 tahun mampu mengintip, dia berundur dalam dalam dirinya dan kenangannya. Tindakan drama digambarkan kerananya terganggu, terheret ingatan peristiwa-peristiwa keliling perhubungan mereka. Babak ketiga menggambarkan Gallimard melakukan seppuku (juga dikenali sebagai harakiri, ritual bunuh diri Jepun melalui diri pengeluaran perut) manakala Song melihat dan merokok sebatang rokok.

MAKLUMAT BUKU
Judul: Buku Skrip M.Butterfly
ISBN: 967-11185-8-0
Terjemahan: Mislina Mustaffa
Harga: RM15*
Mukasurat: 165
Terbitan: 2013

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <MBUTTERFLY>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


















Tuesday, 2-Apr-2013 09:24 Email | Share | | Bookmark
Mengejar Kasih Di Hujung Senja

Mengejar Kasih Di Hujung Senja
SINOPSIS

Novel ini merupakan sebuah novel masyarakat garapan kisah benar yang diceritakan kepada penulis yang ketika itu pernah menjadi wartawan sebuah akhbar. Walaubagaimanapun nama asal watak telah diubah, namun plotnya tetap berkisarkan kepada kisah benar. Menceritakan kisah hidup Siti Aminah yang menjadi mangsa dera kepada bapa dan emak saudaranya, sehingga menyebabkan dia mengalami trauma dan menjadi seorang pendendam.

Ekoran kerana dendam yang bersebati di jiwa menyebabkan Siti Aminah sewaktu remajanya menyertai perjuangan komunis, kerana termakan dengan janji-janji manis pemimpin-pemimpin perjuangan itu.
Sebenarnya janji-janji manis yang ditabur hanya umpama menanam tebu dibibir mulut, dia tidak temui kebebasan dan kebahagian, menyebabkan sekali lagi dia terpaksa menghadapi saat getir sebagai banduan di hutan belantara yang sentiasa menjadi buruan. Dia gagal menemui kebahagian sejati. Hutan yang dianggap sebagai syurga, rupa-rupanya adalah penjara baginya.

Walaupun dia menemui cinta sejati bersama Leman, tetapi cabaran dan dugaan sebagai pasangan sejoli terpaksa menempuh onak duri dan ujian, dalam mempertahankan cinta mereka.

Kerana sebuah cinta, mereka sanggup melarikan diri dari hutan dan meninggalkan perjuangan yang mereka dokong.Akhirnya mereka dapat membina kebahagian di luar, setelah mendapat pengampunan dari kerajaan.

Namun saat getir sekali lagi terpaksa ditempuhi oleh Siti Aminah, setelah kematian suaminya Leman. Siti Aminah terpaksa menjadi ibu tunggal dan memikul tanggungjawab untuk membesarkan dua orang anaknya.

Apa yang menyedihkan, dalam episod seterusnya Siti Aminah terpaksa berperang dengan berbagai masalah dan kemelut yang dihadapi bersama anak-anaknya.

Anak-anaknya Safiq dan Hanim tidak dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya ibu bapa mereka adalah bekas komunis dan mereka meninggalkan rumah kerana malu di gelar sebagai anak bekas komunis.

Sekali lagi Siti menempuh dugaan hidup selepas perang, di mana dia mendapat tekanan dari anak-anak nya.

Adakah Siti berjaya mengatasi kemelut ini…….

Akhirnya Siti Aminah keseorangan dan terpaksa di hantar ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan, Cheras. Setiap detik dia menghitung hari untuk menanti kehadiran anak-anaknya…

Di hujung senja itulah akhirnya ,anak-anaknya kembali kepadanya untuk menghadiahkan sejambak kasih.

MAKLUMAT BUKU
Tajuk: Mengejar Kasih Di Hujung Senja
Pengarang: Zainal Taib
ISBN: 9789671173008
M/S: 373 muka surat
Penerbit: Karya Tinta
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 25.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Mengejar Kasih Di Hujung Senja>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Monday, 1-Apr-2013 16:51 Email | Share | | Bookmark
TIPU PILIHAN RAYA, TURUN KE JALAN RAYA

TIPU PILIHAN RAYA, TURUN KE JALAN RAYA
- Ini bukan Arab Spring. Ini Malaysian Durian -

MAKLUMAT BUKU
Judul: TIPU PILIHAN RAYA, TURUN KE JALAN RAYA
Pengarang: HishamuddinR ais
ISBN: 978-967-11774-0-2
Harga: RM35*
Mukasurat: 405
Terbitan: 2013

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <TIPU PILIHAN RAYA, TURUN KE JALAN RAYA>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Wednesday, 27-Mar-2013 12:00 Email | Share | | Bookmark
BUKU NOTA FILEM

BUKU NOTA FILEM
"Dari Ombak Rindu dan KL Gangster, sehinggalah cerita gelombang sinema Hollywood dan teori menyamakan bangunan dengan wayang! Mereka ini macam satu kultus - makan, minum, tidur filem?"
- Syazwan Zakariah, Editor Hiburan Astro Awani & Pengulas Filem Utusan Malaysia.

"Membaca catatan oleh penulis-penulis di dalam buku ini benar-benar memberikan pencerahan dan ilmu buat penggemar filem. Saya rasa seperti belum pernah menonton filem-filem itu dan rasa mahu menonton semula. Saya rasa sukar untuk mencari buku seperti ini yang mendidik khalayak menjadi bijak untuk 'membaca' filem."
- Jiwa Rasa, 'hantu buku', peminat seni dan budaya termasuk filem.

"Kerana itu, buku-buku sebegini amat penting..."
- Hassan Abd. Muthalin,
Karyawan Tamu Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Puncak Perdana.

"Tidak susah melihat yang gelap itu sebagai gelap. Tetapi dalam filem, kata-kata itu jadi keliru. Entah mana putih dan entah mana yang hanya luar putih gelap di dalam. Mungkin kerana itu buku ini ada, tetapi bukan bagi memberitahu yag mana putih dan gelap, tetapi memaklumkan antara putih dan gelap, adanya kelabu".
-Bahruddin Bakri
novelis, penulis dan editor

MAKLUMAT BUKU
Judul: BUKU NOTA FILEM
Pengarang: Ridhwan Saidi, Fadli al-Akiti, Mohamad Yusof, Igniz, Mohd Ikhwan Abu Bakar, Mohd Saad Omar.
ISBN: -
Harga: RM20*
Mukasurat: 184
Terbitan: 2013

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <BUKU NOTA FILEM>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Tuesday, 26-Mar-2013 05:47 Email | Share | | Bookmark
TONTON DILEM

TONTON DILEM
SINOPSIS

Antara salah satu sebab saya memberikan perhatian kepada penulisan Fadz: dia menulis mengenai apa yang dia RASA tentang filem.

Sestengah 'para pegkritik filem' Malaysia pernah meneliti filem secara intelektual kononnya. Mereka sedaya-upaya berusaha untuk menyentuh apa-apa yang pada asasnya suatu lakaran emosi bilamana pembikin filem merasakan tentang dunia sekelilingnya.

"If you clean it up, get analytical, all the subtle joy and emotion you fell in the first pace goes flying put in the window" - Andrew Wyeth

Bagaimanakan anda memberi sentuhan intelektual dalam menyelami perasaan seseorang?

Fadz pula meluahkan perasaannya secara rawak, dalam aliran kesedaran yang sering berakhir dengan percikan kebijaksanaan.. HAL ITULAH yang saya dapati menarik dan layak mendapat perhatian saya.

Saya juga berani mengesyorkan agar beberapa pensyarah bidang ini untuk selalu membaca penulisan Fadz. Sekurang-kurangnya tulisannya mungkin menarik mereka keluar daripada delusi bahawa RASA adalah sesuam yang boleh dianalisis oleh mereka secara intelektual.

"In certain kinds of writing, particularly in art criticism and literary, it is normal to come across long passages that are almost completely lacking in meaning." - George Orwell

Fadz faham hal itu.

Itulah sebabnya saya hanya mendengar pendapatnya, selain daripada 'guru' filem saya, Encik Hassan Muthalib.

- Yasmin Ahmad, Pengarah. (7 Januari 1958 - 25 Julai 2009)
16/4/2009, Kuala Lumpur.

MAKLUMAT BUKU

Judul: TONTON DILEM
Pengarang: Fadli al-Akiti
ISBN: 9789675277252
Mukasurat: 215
Terbitan: 2013
Harga: RM25*
* tidak termasuk kos penghantaran.

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <TONTON DILEM>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net