Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Sunday, 24-Feb-2013 08:33 Email | Share | | Bookmark
MENITI ZAMAN

MENITI ZAMAN
SINOPSIS:
Buku ini mengisahkan perjalanan hidup yang merentas zaman pemerintahan Jepun, British dan peristiwa-peristiwa yang amat penting penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dan penubuhan UMNO. Semua peristiwa ini adalah penting kerana implikasinya terhadap proses kemerdekaan negara. Amat menyedihkan kerana semua peristiwa ini yang merupakan asas kepada pembentukan dan pencorakan negara kita sehingga kini sudah banyak dilupakan dan tidak lagi diambil tahu oleh golongan muda-mudi kita sekarang.

Buku ini juga memberi gambaran pada amalan, budaya serta bentuk kehidupan masyarakat yang sudah tidak lagi diamalkan dan sekiranya tidak diceritakan pasti akan lenyap begitu sahaja. Ini seterusnya bermakna akan hilang aspek-aspek pengetahuan, fahaman masyarakat dan cara hidup period.

BIODATA PENGARANG:
Ramli Ngah Talib dilahirkan di tengah-tengah kawasan luar bandar Malaysia, iaitu di Pasir Salak, Perak. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampong sebelum meneruskan pengajian terawalnya di Teluk Anson (kini dikenali sebagai Teluk Intan) dan seterusnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Queen’s University, Belfast sebelum meneruskannya di Inns of Court, London. Beliau telah mencapai kemuncak dalam kerjaya pilihannya, yang pertama, sebagai Menteri Besar Perak selama 18 tahun dan akhirnya dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

Maklumat Buku:
Tajuk: MENITI ZAMAN
Pengarang: RAMLI BIN NGAH TALIB
Tahun terbit: 2010
Harga: RM 99 (kulit tebal)
ISBN: 978-967-5277-13-9
Berat : 0.65 kg (kulit tebal)
Halaman: 320

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <MENITI ZAMAN>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Saturday, 23-Feb-2013 16:09 Email | Share | | Bookmark
MIlik Siapa Hati Ini

MIlik Siapa Hati Ini
Sinopsis MIlik Siapa Hati Ini

CINTA itu hadir dengan sendiri atau kita yang perlu mencarinya? Itulah persoalan yang bermain
difikiran lelaki bernama AZRUL HAZIQ. Tanpa disedari cinta berputik setelah sekian lama mendekati
NURUL NAJWA. Gadis yang sempurna di matanya itu perlu ditawan hatinya.

Bagi NAJWA, kehadiran AZRUL HAZIQ perlu dielak dan cukup sekadar dijadikan teman. Hatinya masih
dirantai kasih NAZRUL IRWAN sejak di bangku sekolah lagi. Namun, ‘kebisuan’ NAZRUL terhadap
NAJWA membuka ruang buat AZRUL HAZIQ mengisi kekosongan itu.

Penantian dan ketulusan HAZIQ kadang kala membuatkan NAJWA tewas. Kenyataannya,
mampukah NAJWA berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri? Mampukah juga HAZIQ
mempertahankan kesetiaannya walau sering kali disakiti?

Apakah yang terjadi apabila cinta yang tidak dibalas dahulu, kini kembali dituntut?

Pada akhirnya, siapa yang menjadi pemilik hati mereka?

Biodata Penulis

Qiu Aril, pemilik nama kepada Muhammad Qhairil Azril Bin Qamarulzaman yang dilahirkan di Teluk
Intan, Perak tetapi membesar di Kuala Lumpur. Suka menyibukkan diri walau pun tidak sibuk kerana
terlalu “hyperactive” dan tidak boleh duduk diam. Namun, perkara yang dilakukannya mesti yang
disukainya bukan kerana terpaksa. Sedang menuntut di IPG Kampus Bahasa Melayu untuk Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Seorang yang boleh berada di mana-mana. MULTI PURPOSE!

MAKLUMAT BUKU
ISBN-13: 978-967-11185-5-9
Tarikh Terbit: 4 Jun 2009
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Novel
Penerbit: Merpati Jingga
Harga: RM21.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <MIlik Siapa Hati Ini>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Friday, 22-Feb-2013 16:19 Email | Share | | Bookmark
Surat-surat untuk Kaherah

Surat-surat untuk Kaherah
SINOPSIS

Tahun demi tahun yang berlalu menghayutkan latar pada era tertentu. Kisah yang pernah ditatap di
lembaran akhbar seperti al-Arqam dan Aisyah Bukhari tertinggal menjadi nostalgia. Di dalam merentasi
kisah demi kisah insan lain, terkadang kita tidak dapat mengelak dari dikurung nasib yang sama.
Menoleh ke belakang tidak memberi kita kemampuan untuk menyatukan kembali serpihan kaca yang
berderai, dihempas takdir. Mengutip serpihan itu cuma akan menghiris jari. Namun, ku rapatkan
serpihan itu sebagai mengimbas sebuah kecintaan pada persahabatan.

Surat-surat untuk Kaherah merupakan nota kehidupan beserta nilai persahabatan yang dirakam
di dalam naskhah penulisan. Hanim mengutus warkah ke Kaherah sebagai tali untuk menarik Wafa
kembali ke sisi Illahi. Calitan kenangan demi kenangan di bandar kecil, penempatan setinggan dan
sekolah rendah bersatu dalam ingatannya terhadap Wafa Thahirah. Anak kecil yang dua puluh tahun
dahulu dibuli kini bertukar posisi sebagai insan yang paling dikasihi. Wafa Thahirah semakin menghilang
dan Hanim umpama mendakap bayang-bayang. Mampukah rasa kasih yang dikurniakan Allah membawa
Wafa Thahirah mencari jalan pulang?

BIODATA PENULIS

Dilahirkan pada Mei 1986 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Pengarang (sebut Maisarah Mansor) meminati bidang pendidikan, anatomi, mendaki gunung dan dalam usaha untuk menguasai bahasa asing dengan baik. Pengarang membesar di persisiran Selat Melaka dan merupakan bekas pelajar jurusan Sains Hayat sehingga tahun 2005, sebelum memilih Multimedia Animasi sebagai laluan akademik sehingga tahun 2009. Beliau kemudiannya bertukar arah ke bidang Kesusteraan pada tahun 2010 untuk memikul amanah memperjuangkan sastera kitab. Dengan kelahiran karya-karya kecilnya, pengarang berharap ia sedikit sebanyak membantu ahlul bait dalam memperkembangkan dakwah dan memelihara serta memulihara umat Islam di Malaysia khususnya. Insyaallah.


MAKLUMAT BUKU
ISBN-13: 978-967-11185-6-6
Tarikh Terbit: 4 Jun 2009
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Novel
Penerbit: Merpati Jingga
Harga: RM21.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <Surat-surat untuk Kaherah>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Tuesday, 22-Jan-2013 06:38 Email | Share | | Bookmark
CD TIKA HUJAN KU BERDOA

CD TIKA HUJAN KU BERDOA
CD TIKA HUJAN KU BERDOA
Penerbit: Meor Yusof Aziddin
Susunan Muzik: Meor Yusof Aziddin dan Ariff Akhir
Studio rakaman, adunan dan mastering: Purple Sound Productions
Pemuzik: Meor Yusof Aziddin (vokal & gitar akustik)
Ariff Yusof (flute)

Lagu: Meor Yusof Aziddin
Lirik: Jimadie Shah Othman
Rekabentuk album: Im

Untuk makluman terkini layari: http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar

Juga terdapat lagu untuk Adam Azfar nyanyian Airmas berjudul 'Adam' boleh layari di youtube.

Lirik:
TIKA HUJAN KUBERDOA

Berat maa memandang
Berat bahu memikul
Melihat air matamu
Deras di muka pipi

Melihat deritamu
Si suci tanpa doa
Aku tak berdaya
Hanya tergantung doa

Tika harap semua gelap
Tika jalan semua buntu
Terbitkah terbit cahya
Tumbuhlah benih harapan

Tumbuhlah tumbuh anakku
Jadi masa depan
Hujan menyaksikan doa
Seluruh kita menyerah

Akan selalulah percaya
Tiap sait yang menyala
Dia akan padamkan
Hanya tergantung doa

MAKLUMAT CD

Harga: RM10 (tak termasuk kos penghantaran)
To order;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <CD TIKA HUJAN KU BERDOA>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)
Hujan menyaksikan doa
Seluruh kita menyerah



































[url]


Tuesday, 1-Jan-2013 15:33 Email | Share | | Bookmark
DOUBT

DOUBT
SYNOPSIS

A woman who hates motherhood... A man has sex with a dead body to win a bet…Two brothers have an incestuous relationship….A man recalls the circumstance that drove his best friend to take his own life... Doubt is a collection of stories that deal with life, love, lust and loneliness.

ABOUT THE AUTHOR

Born and bred in Kuala Lumpur Malaysia, Bissme S is a journalist with theSun newspaper. In 1996 he won the Best Entertainment Writer from the Malaysian Press Institute. In 2000 he got the Samad Idris Trophy from Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Finas. Ten years later, in 2010, he got a second Samad Idris Trophy .

“As a journalist, I deal with facts ' Bissme said.

“To a certain level, the facts can limit your creativity. I write fiction so I can let my imagination go wild.”

BOOK DETAIL
Title: DOUBT
Authors: Bissme S.
Subjects: literature, Malaysia
Condition: Good
ISBN: 978-967-11185-4-2
Publisher: Merpati Jingga
Published: 2012
Probably First Edition
First Published: 2013
Price Starting at: RM20.00*
*excluding postage charges

To order;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <DOUBT>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net