Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  176  177  178  179  180  181  182  [183]  184  185  186  187  188  189  190  >  >>]    [Archive]
Thursday, 12-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun

Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun
Book Weight : 0.4kg
Book Size : 6" X 9"
Total Pages : 303
ISBN Number : 967-942-735-8
Author : Low Kok On
Publisher : UKM
Year : 2005
Price : RM40.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Book Description:
Daripada perspektif naratif lisan (mitos dan legenda) orang Kadazandusun bukun berasal dari tempat lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh saintis sosial dan sejarawan. Kinoringan dan isterinya telah mencipta alam semesta di Sabah dengan tanda-tanda alam seperti Gunung Kinobalu sebagai pusat bumi, dan Pulau Mantanani untuk mengimbangi bumi yang tidak cukup berat.

Pasangan tuhan mereka telah mencipta manusia pertama di bumi Sabah dan bukannya di tempat lain. Semua legenda penghijrahan Kadazandusun didapati turut menonjolkan persepsi masa nenek moyang Kadazandusun, bahawa semua suku dan subsuku Kadazandusun yang ada di Sabah pada masa kini, sama ada berasal dari tempat yang dikenali sebagai Nunuk Ragang, Kampung Inai, Tuaran atau Kuala Penyu (Dusun Tatana). Dengan kata lain, buku ini menonjolkan persepsi masa silam orang Kadazandusun, bahawa nenek moyang mereka tidak lain dan tidak bukan ialah manusia asal di bumi Sabah.

Kajian ini juga mendapati bahawa sistem kepercayaan orang Kadazandusun pada masa silam bukan bercirikan paganisme atau animisme tetapi politeisme. Sebelum ini, pengkaji sistem kepercayaan Kadazandusun melabelkan nenek moyang Kadazandusun sebagai pagan atau animis. Berdasarkan interpretasi daripada teks mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-dewi yang berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadzandusun bukunnya tidak beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis) semata-mata.

Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai ciri-ciri yang mirip kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani, Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang Kadazandusun juga merupakan satu rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem kepercayaan politeisme yang tersendiri.


Interested to buy?

Follow the instruction:


1. SMS 019-2232002 (Type MEMBACA)
2. After recieving the total cost, submit your correspondence address and transfer* the amount to Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* options: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or any Maybank branches.
[b]




Wednesday, 11-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Persetingganan di Malaysia – Penduduk dan Penempatan Semula

Persetingganan di Malaysia – Penduduk dan Penempatan Semula
Book Weight : 0.4kg
Book Size : 7" X 10"
Total Pages : 141
ISBN Number : 983-100-256-3
Author : Mohd Razali Agus
Publisher : MALAYA
Year : 2005
Price : RM35.00 (tidak termasuk kos pengiriman)

Book Description:
Usaha untuk membasmi petempatan setinggan bukanlah suatu perkara baru di Malaysia. Sejak pengumuman YAB Perdana Menteri tentang dasar Setinggan Sifar menjelang tahun 2005, banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah berusaha melaksanakan dasar ini mengikut kemampuan masing-masing.

Sehingga kini, DBKL dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kerajaan Selangor telah melaksanakan program untuk mencapai sasaran setinggian sifar pada tahun 2005. DBKL melaksanakan program ini dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selangor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan konsep penswastaan petempatan setinggan.

Buku ini adalah usaha Universiti Malaya untuk membincangkan permasalahan setinggan sifar. Foto-foto tentang setinggan juga dilampirkan dalam buku ini.


Interested to buy?

Follow the instruction:


1. SMS 019-2232002 (Type MEDIAHI)
2. After recieving the total cost, submit your correspondence address and transfer* the amount to Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* options: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or any Maybank branches.



Tuesday, 10-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Persuratan Melayu – Tradisional ke Moden

Persuratan Melayu – Tradisional ke Moden
Book Weight : 0.3kg
Book Size : 6" X 9"
Total Pages : 226
ISBN Number : 967-942-726-9
Author : disunting oleh Sahlan Mohd. Saman, Shaiful Bahri Md. Radzi
Publisher : UKM
Year : 2005
Price : RM25.00

Book Description:
Penggalian khazanah dalam bidang persuratan melayu telah menampilkan suatu citra dokumentasi tamadun bangsa Melayu. Hasil dokumentasi yang terkumpul hingga kini mampu menyerlah ketinggian tamadun Melayu dan dapat mengangkat martabat pengarangnya.

Karya sastera yang dilahirkan itu adalah wadah yang amat berharga dan berpengaruh dalam menbentuk pemikiran masyarakat menerusi ketajaman garapan tulisan pengarangnya. Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden memaparkan gambaran perkembangan persuratan Melayu dalam dua tahap penulisan secara berasingan yang dimulai dengan kesusasteraan tradisional dan diikuti dengan kesusasteraan moden.

Kesusasteraan Melayu tradisional meliputi tradisi lisan dan tradisi bertulis sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Kesusasteraan moden tumbuh pesat pada awal abad ke-20 dengan kemasukan pengaruh sastera Barat. Pada peringkat yang awal, kemasukan Islam telah membawa perubahan besar dalam bentuk genra serta isi sastera Melayu.

Selain menghibur dan mendidik yang menjadi matlamat dasar pengarang Melayu, karya yang dihasilkan itu adalah suatu paparan kepelbagaian aspek kehidupan masyarakat Melayu dengan segala ketinggian perisian tamadun di dalamnya. Kedua-dua nilai tersebut tetap tidak ditinggalkan oleh pengarang di samping mengharap khalayak pembaca dapat memahami serta menghayati unsur dan nilai yang terdapat di dalam setiap karya.


To order;

1.SMS 019-2232002 (type PERSURATAN)
2. After receiving confirmation from the administrator of the total price, transfer* the amount to Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605).

* Options: maybank2u.com, Maybank Kawanku ATM, any Maybank branches.


Monday, 9-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Politik dan Keselamatan

Politik dan Keselamatan
Book Weight : 0.4kg
Book Size : 6" X 9"
Total Pages : 237
ISBN Number : 967-942-741-2
Author : disunting oleh Sity Daud
Publisher : UKM
Year : 2005
Price : RM30.00 (tidak termasuk kos pengiriman)

Book Description:

Politik dan Keselamatan cuba mengungkap kembali persoalan politik dan keselamatan Malaysia khususnya dan Asia amnya, pada abad ke-21.

Kekuatan buku ini terletak kepada kepelbagaian disiplin politik dan juga keselamatan bukan tradisional. Tumpuan tema politik buku ini adalah kepada isu pilihan raya, budaya politik, politik pembangunan dan politik Islam. Manakala bagi tema keselamatan pula, lebih difokuskan kepada pandangan tentang konsep keselamatan, keselamatan insan dan isu persoalan dasar luar Malaysia.

Politik dan keselamatan saling berkait rapat serta tidak boleh dipisahkan. Sistem politik bagi negera-negera Asia yang dikategorikan sebagai negara sedang membangun dibentuk untuk keselamatan dan kelangsungan hidup menurut acuan negara tersebut. Kesemuanya mengambil kira tentang pendirian bahawa ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara boleh menggugat keselamatannya.

Persoalan keterancaman keselamatan boleh memberi implikasi negatif terhadap politik sesebuah negara.

Oleh itu, persoalan politik bukan hanya dilihat daripada isu domestik sahaja, tetapi juga haus mengambil kira persekitaran antarabangsa dan isu keselamatan yang bersifat multidimensi dari segi teori dan splikasinya.


Interested to buy?

Follow the instruction:


1. SMS 019-2232002 (Type KESELAMATAN)
2. After recieving the total cost, submit your correspondence address and transfer* the amount to Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* options: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or any Maybank branches.


Sunday, 8-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Public Speaking and Presentation Skills

Public Speaking and Presentation Skills
Book Title : Public Speaking and Presentation Skills
Book Weight : 0.15kg
Book Size : 5.5" X 8.5"
Total Pages : 107
ISBN Number: 983-100-299-7
Author : Kulwindr Kaur Sidhu
Publisher : MALAYA
Year : 2005
Price : RM16.00 (excluding postage cost)


Book Description:
Important elements like basic public speaking and presentation skills involving how to overcome stage fright, putting your speech together, delivering your speech effectively, using visual aids and assessment are dealt with in simple terms in this book. The author discusses the various important elements that go into making a successful and effective speech.

The author has written in simple English language for anyone who wishes to make an effective public speech. As such, this book can be used by students, teachers, public speakers and anyone who wants to rise and present a speech for any occasion.



Interested to buy?

Follow the instruction:


1. SMS 019-2232002 (Type PUBLIC)
2. After recieving the total cost, submit your correspondence address and transfer* the amount to Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* options: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, or any Maybank branches.





[<<  <  176  177  178  179  180  181  182  [183]  184  185  186  187  188  189  190  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net