Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  180  181  182  183  184  185  186  [187]  188  189  190  191  192  193  194  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru
Lagi program ekonomi ala-DEB

Oleh Zakaria Abdul Hamid

Di mana silapnya sehingga Umno terpaksa mencadangkan semula perlaksanaan program ala-Dasar Ekonomi Baru (DEB), Agenda Nasional Baru (ANB) seperti yang hangat dibincangkan dalam perhimpunan tahunan parti berkenaan baru-baru ini.

Konsep ANB yang menekankan kepada penguasaan ekonomi Bumiputera tidak lagi releven dalam era globalisasi dan telah ternyata gagal sebagaimana DEB yang hanya dapat mencapai pemilikan ekuiti 18 peratus bagi Bumiputera setelah DEB tamat pada tahun 1990. Pegangan ekuiti ekonomi lebih bersifat kolektif dan adalah hak semua untuk dinikmati dengan usaha gigih dan persaingan sihat tanpa mengira kaum, keturunan mahupun agama.

Penguasaan ekonomi sahaja tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan sesuatu kaum tetapi kemajuan Bumiputera juga telah terserlah dengan peningkatan penyertaan dalam bidang profesional, penjawat jawatan utama kerajaan, peneraju politik negara dan penghayatan nilai-nilai moral. Ini adalah kejayaan sebenar yang telah dicapai oleh DEB yang diilhamkan Tun Abdul Razak; tetapi kejayaan ini tidak menyeluruh dengan hanya tertumpu kepada masyarakat Melayu, manakala kaum-kaum lain seperti Orang Asli, pribumi Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan. Lebih mendukacitakan, kalangan Melayu yang berjaya pula adalah dari kelompok pemimpin Umno atau kroni-kroninya, dan majoritinya gagal mengurus serta mengekalkan kekayaan.

Era globalisasi perlu menekankan anjakan paradigma terhadap kaum Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam persaingan sihat membina kekuatan ekonomi. Dengan kekuasaan dalam kerajaan sebagai kelebihan, kaum Bumiputera harus mengorak langkah seiring kaum-kaum lain bekerja keras membina kesejahteraan hidup.

Kaum Bumiputera tidak boleh lagi dimanjakan dengan memberi berbagai-bagai kemudahan dan peluang sehingga mengabaikan kaum-kaum lain, tetapi perlu dibimbing untuk membina kekukuhan ekonomi masing-masing.

Agenda nasional hari ini adalah membina kemakmuran untuk semua melalui penekanan polisi-polisi yang adil dan saksama. Program membaikpulih masyarakat perlu dilakukan secara menyeluruh dengan fokus kepada kumpulan sasar iaitu golongan miskin, orang kurang upaya, masyarakat luar bandar dan setinggan bandar; tanpa mengira mereka Bumiputera, Cina ataupun India. Mereka perlu dibantu memperkemaskan prasarana hidup seperti rumah, kemudahan asas, kesihatan dan peluang pekerjaan atau perniagaan.

Peringkat kedua pula tertumpu kepada penyediaan kemudahan pendidikan percuma untuk anak-anak kerana penguasaan ilmu telah terbukti dapat mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Dalam pada itu, kemudahan yang dikhaskan kepada golongan sasar harus tidak bocor kepada kumpulan yang tidak layak kerana ini akan membebankan kewangan kerajaan dan menafikan hak kumpulan sasar. Contohnya, keluarga kaya masih menerima biasiswa pendidikan untuk anak-anak mereka dan menikmati perkhidmatan kesihatan percuma. Garis kemiskinan perlu diterjemahkan dengan tepat supaya program pembasmian kemiskinan mencapai matlamatnya.

Kegagalan demi kegagalan dalam mengimbangi kekayaan antara kaum sehingga terpaksa dibahaskan dengan panjang lebar dalam perhimpunan Umno baru-baru ini adalah tanda keberkesanan kepimpinan Umno yang telah tersasar. Kerajaan BN yang diterajui Umno gagal menjayakan program rakyat dan tidak telus melaksanakan polisi kemasyarakatan yang telah dirancang. Ini telah terbukti dalam perhimpunan itu juga di mana pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin Umno yang rasuah untuk mendapatkan jawatan dan penyelewengan kuasa dalam pengagihan projek seperti isu kontrak bocor dan AP.

Apakah pemimpin-pemimpin negara yang telah terbukti rasuah dan menyeleweng kuasa dapat membina sebuah masyarakat pelbagai kaum yang mantap, dinamik dan adil?

Penulis ialah Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang


Friday, 21-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
VCD Baru

 


Thursday, 20-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
VCD Baru

 


Wednesday, 19-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
VCD Baru

 


Tuesday, 18-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Buku Anwar

 
 
2. Warkah Anwar

Harga: RM20.00 tidak termasuk wang pos

3. Ada Konspirasi

Harga: RM 10.00 tidak termasuk wang pos.


[<<  <  180  181  182  183  184  185  186  [187]  188  189  190  191  192  193  194  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net