Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  181  182  183  184  185  186  187  188  189  190  [191]  192  193  194  195  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 2-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
PERGERAKAN POLITIK ANTI-KOLONIAL WANITA DIBUKUKAN

 
 
 
View all 6 photos...
This new section is for book not for sale.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh menghubungi 7957 8342
atau e-mel sird@streamyx.com

Oleh: Faisal Mustaffa

Sebuah buku yang menceritakan pergerakan 16 pejuang wanita dari Thailand, Malaysia dan Singapura semasa darurat telah dibukukan oleh Agnes Khoo yang bertujuan untuk menyampaikan fakta sejarah kepada generasi muda.

Buku bertajuk 'Life as the River Flows: Women in the Malayan anti-Colonial Struggle' itu menyimpang daripada kajian sejarah dahulu yang memfokuskan kepada personaliti-personaliti raja dan dinasti. Buku tersebut memberitahu mengenai pergerakan rakyat terbanyak, kehidupan seharian, yang menjadi sejarah sosial bagi rantau ini.

Buku itu juga memberi pengetahuan mengenai peranan dan penyertaan wanita dalam pergerakan-pergerakan sosial seperti kesatuan sekerja dan penyertaan mereka dalam Parti Komunis Malaya.

'Life as the River Flows' juga memberi keseimbangan dalam puak kanan dan kiri serta sejarah pejuang lelaki dan wanita.

Menurut Agnes, beliau mengambil 6 tahun dalam menyiapkan buku tersebut sehingga terpaksa berkampung di selatan Thailand selama setahun untuk berjumpa mereka dan mendapatkan maklumat mengenai perjuangan mereka dahulu.

Agnes juga percaya bukunya yang setebal 312 halaman itu akan merapatkan hubungan Malaysia-Singapura yang mana selama ini diasingkan dengan propaganda, Menurut kajian beliau, kedua-dua negara ini mempunyai sejarah awal yang sama untuk dinikmati.


Tuesday, 26-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Anwar Come Back - SOLD OUT !

 
BUKU PERTAMA YANG MERAKAM DETIK PEMBEBASAN ANWAR!

Apakah ramalan MSO di dalam buku ini sekali lagi menjadi kenyataan seperti ramalannya sebelum ini? Mengapa beliau masih berfirasat bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri?

Antara kandungannya:

- Ke manakah hala tujuan politik Anwar selepas ini? Apakah dia akan menyertai UMNO atau Pas, atau akan menggerakan Keadilan sebagai Parti Nasional?
- Apakah gelombang reformasi kedua akan bangkit ekoran pembebasan Anwar itu?
- Mengapa Najib, Hishamuddin dan Zaid Hamidi sangat takut dengan ura-ura Anwar akan dipanggil semula menyertai UMNO?

Dapatkan dipasaran atau pesan terus kepada TINTA MERAH. Harga RM14.00 termasuk belanja pos. Buku ini dihiasi dengan 50 keping gambar warna warni yang eksklusif!


Sayuti dan ramalannya dalam ANWAR Come Back
Oleh: Faisal Mustaffa

ANWAR Come Back, buku pertama yang dikeluarkan sejak Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Dalam buku catitan Mohd Sayuti Omar meretet detik bersejarah pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai 'gelombang reformasi kedua'.

Sayuti pernah membuat beberapa ramalan yang agak tepat. Pada tahun 1991 menerusi bukunya, "Tuhan Pilih Siapa", penulis meramalkan Anwar akan menghadapi masalah di dalam Umno sehingga menyebabkan beliau akhirnya akan disingkirkan dari parti itu. Ia benar-benar berlaku pada 2 September apabila Anwar dipecat daripada semua jawatan yang dipegangnya.

Pada tahun 1995 pula Sayuti meramalkan menerusi bukunya, "Agenda 1996 - Anwar Lawan Mahathir" bahawa kebimbangan beliau untuk Anwar menjadi perdana Menteri lalu myarankan suapaya Anwar bijaksana dalan menyusun serategi dan taktiknya atau menjadi Timbalan Perdana Menteri ketiga yang terlepas jawatan PM seperti mana dialami Musa Hitan dan Ghafar Baba.

Ramalan Sayuti benar bilamana Anwar dipecat pada 2 September 1998 yang telah menafikan Anwar daripada kedudukan itu seterusnya untuk menjadi PM.

Dalam 'Sandiwara Belum Selesai' (2002), sayuti meramalkan Anwar bebas pada 2004 dan diulangi ramalannya dalam 'Undurkah mahathir Dilema Dollah Badawi' (2003).

Menurut Sayuti, semua orang menaruh harapan tinggi kepada Anwar dan melihat Anwar sebagai tokoh "ankurat" selepas Dr Mahathir.

Sayuti juga membincangkan penyertaan Anwar ke dalam Umno yang diasaskan kepada soal perpaduan Melayu, ekonomi (Melayu) dan hubungan antarabangsa). Tanpa keperluan ini, Sayuti mengganggap bahawa tanpa keperluan tersebut, tidak mudah untuk orang Umno mengorbankan kedudukan mereka dan menyerahkan kepada Anwar.

Bagi rakyat pula, Sayuti berkata mereka sepatutnya melihat kepada kepentingan ini dimana turut membebaskan hak-hak mereka yang dikongkong sebelum ini seperti kehakiman, rasuah, ekonomi, birokrasi yang menekan rakyat bawahan dan sebagainya.

Dalam bab Gelombang Kedua Reformasi, Sayuti mengkritik hebat tindakan keras pihak berkuasa yang mengabaikan hak bersuara rakyat; "Walaupun ssudah lama lagu dan pekik reformasi terhenti disebabkan tindakan keras pemerintah menyekat para demonstran, tapi kini beralun semula! Para reformis tidak pernah lupa kepada rentak dan iramanya. Kini ia dinyanyi dan dilaungkan kembali."

Bagi yang berminat untuk memperolehi buku ini yang berharga RM13 ini, boleh menghubungi Pejabat Seruan Keadilan atau faisal@freeanwar.net

Dalam perenggan lain yang menerangkan situasi di KLIA, Sayuti menulis: Pasukan berbaju merah siap dengan trak air berwarna hijau tidak ada, Tidak ada wisel dan kruk krak ... kruk krak... membuat warm-up untuk bertindak. walaupun ramai SB tetapi mereka diam, menyelit dan memerhati keadaan. Mungkin disebabka tidak ada pasukan berbaju merah inilah menjadikan keadaan boleh dikawal dan aman.


Saturday, 23-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Angpow Aidil Fitri - PROMOSI HARI RAYA

 
Harga Jualan RM 2 (1 package x 10 sampul)
Size 8cm x 15.5cm


Monday, 30-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Collection 9

Art 9-1
Art 9-2
Art 9-3
View all 5 photos...
Art 9-1
Art 9-2
Art 9-3
Art 9-4
Art 9-5




Sunday, 29-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Collection 8

 
 
 
View all 6 photos...
Art 8-1
Art 8-2
Art 8-3
Art 8-4
Art 8-5
Art 8-6


[<<  <  181  182  183  184  185  186  187  188  189  190  [191]  192  193  194  195  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net