Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Nov-2013 12:06 Email | Share | | Bookmark
Tandoori Nan Sekeping sebuah antologi

Tandoori
Antologi ini memuatkan sepuloh cerpen berhawa mamakisme, dari penularan syishah ke ramuan rahsia, dari Moscow ke Calgary. Jemput masuk ke restoran Al-Pacino, As-Siddiq, Nandooria dan nikmati hidangan dari: Shaz Johar, Shafiq Said, Nazrul Izzuan, Ikhwan Abu Bakar, Nuruddin Abu Bakar, Fasyali Fadzly, Hatta Midy, Mohd Azmen, Nami Cob Nobbler dan Adib Shahreen!


MAKLUMAT BUKU:
Judul: Tandoori Nan Sekeping sebuah antologi
Penyunting: Ridhwwan Saidi
New Hb 171 pp.
Subjects: short stories
ISBN: 9789671066355
Penerbit: Moka Mocha Ink
Tahun terbit: 2013
Harga: RM20.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Tandoori >)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Monday, 4-Nov-2013 12:00 Email | Share | | Bookmark
SURAT UNTUK ANAK

SURAT UNTUK ANAK
Petikan daripada Kata Pengantar oleh Faizal Riduan

Arwah Annisa dan An-Nur, kedua-duanya puteri Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham yang dilahirkan sebagai pesakit kelumpuhan otak (Cerebral Palsy) tentunya melalui kehidupan lebih sukar daripada Nick Vujicic. Ketika kanak-kanak yang lain membesar girang garang daripada telentang kepada meniarap, merangkak, berdiri, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari, Annisa dan An-Nur hanya mampu melentang lihat dengan cukup sifat seperti manusia normal, tetapi dengan kecederaan otak yang melumpuhkan fungsi tubuh badan maka sebagai ibu bapa Mohd Affandi dan Raja Rohaisham secara automatik menjadi ‘alat kawalan dekat’. Ketika ramai ibu bapa yang seolah-olah hilang akal apabila menerima kurnia anak sebegini rupa tetapi Mohd Affandi dan Raja Rohaisham menunjukkan kesabaran dan ketabahan yang luar biasa iaitu sentiasa berjiwa besar dan berminda besar.

MAKLUMAT BUKU:
Judul: Wacana Pemikiran Reformis Jilid I
Pengarang: Mohd Affandi Ramli
New Hb 159 pp.
Subjects: personal notes
ISBN: 9789671190029
Penerbit: Anak Kunci Production
Tahun terbit: 2013
Harga: RM30.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <SURAT UNTUK ANAK >)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Sunday, 3-Nov-2013 12:00 Email | Share | | Bookmark
SENI BUKAN SEGALA-GALANYA

SENI BUKAN SEGALA-GALANYA
Petikan daripada Kata Pengantar oleh Hasnul Jamal Saidon

Mengulas sesuatu perkara yang rumit dengan cara yang cerdik, mudah dan berhikmah memerlukan kemahiran. Dalam dunia seni rupa di Malaysia, kemahiran. Dalam dunia seni rupa di Malaysia, kemahiran sebegini jarang saya jumpa. Malah, tidak ramai orang yang dianggap cerdik, atau menganggap diri mereka cerdik, memiliki kemahiran sebegini. Di celah yang tidak ramai ini, saya nampak Fuad Arif. Bukan orangnya, tapi karyanya “The Artist” (2004). Ketika itu saya sedang menilai penyertaan untuk Bakat Muda Sezaman 2004.

MAKLUMAT BUKU:
Judul: SENI BUKAN SEGALA-GALANYA
Pengarang: mohd fuad arif
New Hb 85 pp.
Subjects: arts, society
ISBN: 9789675277306
Penerbit: RA Fine rts
Tahun terbit: 2013
Harga: RM25.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <SENI BUKAN SEGALA-GALANYA>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Saturday, 2-Nov-2013 12:00 Email | Share | | Bookmark
HAJAT CINTA SYAHIDAH

HAJAT CINTA SYAHIDAH
SINOPSIS

Hajat CInta Syahidah adalah sebuah karya ikhlas yang penuh dengan nilai serta jalan ceritanya yang tersendiri. Kisah cinta yang mengangkat nilai kesetiaan dan kebodohan dalam mengikut perasaan. Aben terlalu mencintai Nia Syahidah. Kisah cinta mereka adalah kisah cinta adalah kisah cinta yang terlalu manis bagi diri Aben. Namun kini Aben keseorangan dengan kesetiaannya yang tidak pernah terbaas. Kisah ini menjadi menarik dengan bermulanya journey ‘melepaskan hajat’ yang pernah dijanjikan oleh Aben kepada Nia Syahidah. Selepas journey berakhir, Aben berharap akan tenang dan benar-benar melepaskan Nia Syahidah yang selama ini terkurung di dalam hatinya.

‘Journey’ tidak munasabah ini menjadi lebih menarik, keliru, huru-hara serta penuh dengan emosi apabila dua rakan baik. Aben iaitu Zafhir dan Hazwan secara tidak dirancang terjebak. Lebih serabut lagi apabila tunang Zafhir bertegas mahu juga mengikuti misi tidak tentu arah itu.

MAKLUMAT BUKU:

Judul: HAJAT CINTA SYAHIDAH
Pengarang: K.Nazmi Rodzy
New Hb 260 pp.
Subjects: Islam, Religion
ISBN: 9789671182109
Penerbit: Revolution Stage
Tahun terbit: 2013
Harga: RM25.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <HAJAT CINTA SYAHIDAH>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


Friday, 1-Nov-2013 18:49 Email | Share | | Bookmark
MAHAR KE SYURGA

MAHAR KE SYURGA
Sebuah buku penulisan pertama Wanji Aswandi yang diterbitkan oleh SENI SURI JAWI untuk tatapan umum. Setelah sekian lama beliau menjadikan wadah lisan dan penulisan kecil alam maya di dalam setiap penyampaiannya, akhirnya beliau bersetuju untuk menulis naskah ini atas permintaan dan dorongan para sejiwa serta para sahabat.

Buku ini mengandungi perkongsia pengisian pengalaman “Sufi Kehidupan – Anak Jawi’ yang terbahagi kepada lima bab utama iaitu, Cacatan Kecil, Mutiara Pengalaman, Pedoman Kehidupan, Kesenian Fitrah dan Puisi, melengkapi asasnya sebuah kehidupan manusiawi dari sudut yang sangat jarang diperbahaskan. Dan sudah pasti ianya digarap nipis, sesuai mengikut kefahaman kebanyakkan orang yang membacanya.

Seperti dalam kata-kata beliau: “..Sebuah buku, bukanlah keseluruhan dari apa yang ada pada seorang penulis. Namun ianya bisa saja menjadi sebuah jambatan untuk pembacanya dapat keluar dan menyeberangi sebuah jurang pemikiran dan perasaan dari tempat di mana ia berada. Sebua buku itu tidak lain hanya sekadar untuk – MENYAMPAIKAN..”
- SENI SURI JAWI –

MAKLUMAT BUKU:

Judul: MAHAR KE SYURGA
Pengarang: Wanji Aswandi
New Hb 260 pp.
Subjects: Islam, Religion
ISBN: 9789671179905
Penerbit: SENI SURI JAWI
Tahun terbit: 2013
Harga: RM25.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <MAHAR KE SYURGA>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net