Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Nov-2013 18:18 Email | Share | Bookmark
Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

Leon Trotsky
SINOPSIS

2007
Melayu Islam dan ketakutan terhadap anjing. Dr. Sheikh Muszaphar Shukar yang menjadi angkasawan pertama dengan menumpang roket Rusia. Gula yang khabarnya kebabisan tetapi kerap dieksport ke luar. Polis bersenjata ringan tanpa baju kalis peluru ditumpaskan pengedar dadah dengan senjata berat yang diseludupkan lewat sempadan. UMNO yang boleh selamatkan Melayu dan lindungi Islam. Leon Trotsky yang sudah berpencen dari berdemonstrasi. Ferdinand Marcos dan pesta larut malam. Kereta Islam yang sehingga ke hari ini tidak kedenganran khabarnya. 1957: Hati Malaya yang membosankan. Dan Hati Malaya yang sebenar ialah 10 tahun sebelum 1957.

2008
Abang Neraka yang makin tua dan tak sedar diri. Semusim di Neraka yang kerap hilang dan membuatkan dunia blogosfera jadi gila. 22 kerusi parlimen yang dibentuk khas buat Barisan Nasional. Batu Gajah yang setiap bulan bocor tetapi tidak pernah kalah pilihanraya. Tsunami Politik 2008 dan Barisan Nasional yang kekal menang. Ketuanan UMNO yang ‘membela’ bangsa Melayau dan agama Islam. Babi yang memperdaya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pak Leman dan ayam kampung (serta Siam). Hubaya, hubaya.

2009
Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun dan Karpal Singh di atas bukit. Kenapa kita perlukan Karpal Singh saat wa’ad dimeterai. Bahasa Melayu yang dianak tirikan di Tanah Melayu. Cerita antara Malaysia dan Brunei. Tidak ada siapa mahu hidup selama 100 hari di Rwanda. Cerita antara Malaysia dan Brunei lagi. Sibuk-sibuk hal keagamaan Michael Jackson. Mohan, Michael Jackson dan Maximus di atas kertas. Wartawan muslim yang tidak menghargai rezeki sepotong roti. Sensitif yang tidak bertempat. Dan serba sedikit tentang bola sepak yang menjadi agama buat sesetengah orang.

2010
Negara maju yang kurang bekerja berbanding Negara membangun yang sibuk dengan kerja. Dan menara Warisan Merdeka yang berpotensi untuk menjadi pusat ternakan burung walit.

2011
Bahang revolusi di Mesir dan Israel yang risaunya mengalahkan Arab Saudi. Bagaimana Proton kesayangan anda menjadi penyebab anda tak mampu membeli rumah. Kuasa membeli yang makin merosot di sebuat negara pesat membangun. Dan berkayuh pergi kerja untuk badan dan poket yang sihat.

2012
Bertafakur demi takaful. Dan hutang tetap hutang.


MAKLUMAT BUKU
Judul: Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua
Penulis: Lucius Maximus
ISBN: 9789671209400
Penerbit: DuBook Press
Mukasurat: Pb 196 pp.
Harga: RM25*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Leon Trotsky>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net