Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Jul-2014 16:48 Email | Share | Bookmark
SURAT DARI SYURGA

TBH
SINOPSIS

Aku menulis ini bukannya untuk mendapat simpati atau belas kasihan daripada sesiapa pun. Kehidupan aku di dunia ini sudah tamat. Aku kini aman. Tapi tidak di dunia. Sejak 16 Julai 2009, ramai telah membuka mata mereka. Banyak titisan airmata berlinangan. Kerana aku juga, banyak wang telah dibelanjakan.

Ya, mereka mahukan keadilan. Segala kebenaran ada di tangan aku. Apa yang boleh ku lakukan? Aku hanya mampu perhatikan dari sini. Banyak dongengan, banyak lakonan, ramai terasa hati, ramai mendapat manfaat.

Desakan atas desakan, akhirnya tertubuhlah sebuah Suruhanjaya Siasatan di-Raja terdiri daripada Tan Seri Datuk SriJames Foong Chen Yuen (Pengerusi), Dato’ Haji Abdul Kadir Sulaiman, Dato’ Selventhiranathan Thiagarajah, Dato’ Dr Buphinder Singh Jeswant Singh dan Professor Dr Mohamed Hatta Shaharom. Namun, malangnya, tiada sebarang pendakwaan dilakukan. Perbicaraan demi perbicaraan. Saksi demi saksi memberi keterangan.

Dr Pornthip yang menjalankan bedah-siasat terhadap tubuhku mendapat tekanan daripada Kerajaan Thailand yang tidak membenarkan beliau datang bagi memberikan keterangan lanjutannya. Atas kejujuran beliau dan berpegang teguh kepada professionalism bedah siasat beliau, dia akhirnya tidak dibenarkan datang untuk membantu kes Sugumar (Februari 2013) yang mati di tangan anggota polis. Saat-saat akhir penarikan beliau akhirnya terdedah. Beliau memberitahu bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menelefon Perdana Menteri Thailand supaya aku tidak hadir memberi keterangan. Apakan daya? Beliau merupakan doktor forensik kerajaan Thailand (sebut: kakitangan awam). Orang ramai yang ingin mengetahui kejadian sebenar hanya dijalankan mealui inkues awam sahaja.

Aku sudah aman di sini. Tetapi, adakah masih aman di dunia itu? Apa yang pasti, kisah aku menjadi iktibar, sejarah dan satu teladan kepada semua orang. Pengorbanan aku akibat daripada kerakusan kuasa, kesombongan dan keangkuhan umat manusia yang telah dirasuk syaitan.

MAKLUMAT BUKU

Judul: SURAT DARI SYURGA
Pengarang: Faisal Mustaffa
ISBN: 978-967-0584-11-9
Ketebalan: 69 halaman
Harga: RM10*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <SURAT DARI SYURGA>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net