Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Jun-2009 07:20 Email | Share | Bookmark
Buku Koleksi Gambar 1BlackMalaysia

dvd_1Black malaysia
 
ISBN: 978-9820-31-7

Author: Ooi Leng Heng
Pages: 97 including DVD
Price: RM15
Bilingual( Bahasa Malaysia, Bahasa Cina)


Kata Pendahuluan;

"Inilah saat yang terbaik, inilah saat yang terburuk; ini adalah zaman hikmah, ini adalah zaman kejahilan."

Pada 8 Mac 2008, rakyat jelata memberikan tamparan hebat kepada Barisan Nasional yang telah memerintah selama 51 tahun menerusi kertas undi. Walaupun Barisan Nasional masih belum keciciran tampuk pemerintahan persekutuan, ia buat kali pertama kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan juga tertewas di lima negeri.

Ketika kita percaya Malaysia sedang menuju kepada masa depan lebih cerah dengan terdirinya sistem dua parti, Datuk Seri Najib yang masa itu bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri telah membawakan seluruh rakyat suatu tamparan yang mendukacitakan.

Kelemut rampasan kuasa Perak Darul Ridzuan pada Februari 2009 membimbangkan kita, sama ada negara ini akan terus menuju ke kegemilangan, atau terjunam ke dalam kesengsaraan.

Apabila politikus terlupa idealisme dan membelakangi amanah rakyat;

Apabila SPR mengetepikan etika dan mengeluarkan kenyataan terlampau;

Apabila Pihak Istana terpesong dari tradisi dan menolak permohonan untuk membubarkan dewan, sekaligus mengakibatkan krisis perlembagaan;

Apabila Mahkamah mencampur tangan dalam keputusan Speaker, melampaui doktrin pengasingan kuasa;

Apabila Dewan yang mulia dicerobohi polis, malah Speaker diheret keluar;

Apabila menyalakan lilin, memakai baju hitam, menyanyi lagu hari jadi, bermogok lapar pun diambil tindakan, 1BlackMalaysia yang diketuai Datuk Seri Najib sudah terbentuk.

Buku Koleksi Gambar 1BlackMalaysia mempaparkan kronologi kemelut rampasan kuasa Perak Darul Ridzuan. Ia diisi dengan keberanian, kemarahan, keriangan dan juga kesedihan. Namun, harapan rakyat untuk masa depan yang lebih cerah, dan semangat membantu satu sama lain dalam kesukaran demi terus maju ke depan tetap tidak berubah.

Buku Koleksi Gambar 1BlackMalaysia ini bukanlah penhujung, kezaliman Barisan Nasional pula bakal menemui penhujung...

"Inilah zaman Kegelitaan, inilah zaman Pencerahan!"

Hidup Rakyat!

Ooi Leng Hang

Product Detail:
Author: Ooi Leng Hang
ISBN: 978-9820-31-7
Publisher: DAP
Year: 2009
Number of page: 97
Price: RM15.00 (tidak termasuk kos penghantaran)*

*Buku ini disertakan dengan dvd percuma.

Berminat untuk memiliki buku + dvd ini?

Ikuti arahan berikut:

1. SMS 019-2232002 (Taip <1Black Malaysia>)
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net