Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Jun-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologue, Pemimpin

Abdul Hadi Awangrs.jpg
Deskripsi Buku

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh muda yang muncul di awal dekad 80an dengan imej berjubah dan berserban sebagai cerminan Mama muda yang mengakar dengan sunnah, telah menyimbah marak api kebangkitan Islam yang fenomenanya bersifat global. Kebangkitan Islam adalah fenomena yang tercetus akibat beberapa peristiwa besar yang berlaku dalam dekad 70an seperti Revolusi Iran, pencerobohan tentera Rusia ke atas Afghanistan, kegagalan negara umat Islam yang berpegang kepada ideologi manusia untuk merangkak keluar daripada keterpurukan. Kesedaran Islam yang berlaku terutama kepada anak-anak muda berpendidikan menyebabkan mereka mencari ikon yang boleh menjadi simbol perjuangan mereka untuk mengembalikan kemuliaan Islam. Di negara ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah diangkat menjadi simbol tersebut apatah lagi setelah kemasukan Anwar Ibrahim (DSAI) ke dalam UMNO pada tahun 1982.

Buku ini merakamkan sebahagian potter perjuangan tokoh besar umat Islam ini dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mina berjinak di panggung politik dan dakwah, juga untuk koleksi nostalgia generasi lama di medan perjuangan siasah negara ini yang mempunyai kenangan kolektif yang cukup manis , berada dalam dekad 80an, yang sarat dengan program aural tarbawi yang mengikat ukhuwah. Terima kasih kepada Dr. Samsuri (setpol), warga kerja Jundi Resources, Urusetia Penerangan PAS Terengganu dan seluruh pencandu buku di negara ini.

Hj. Riduan Mohamad Nor.

Product Detail:
ISBN: 9789834460655
Author: Riduan Mohamad Nor
Publisher: Jundi
Year: 2009
No of Pages: 411
Price: RM30.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Berminat untuk memiliki buku ini?

Ikuti arahan berikut:


1. SMS 019-2232002 (Taip <Penjara-Item5Jun09>)
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net