Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Jun-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Atas Nama Kebenaran :

atasnamars.jpg
Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal ( Edisi Kedua )

Deskripsi Buku:


Buku ini berusaha mempertahankan kebenaran Islam dan kemurnian ajarannya. Pada hari ini Islam telah menjadi objek perombakan golongan sekular-liberal dengan menggunakan perangkat Sufasta'iyyah moden (pascamodenisme). Banyak konsep dalam Islam seperti Tawhid, al-Qur’an, Shari’ah dan peranan ulama’ telah menjadi sasaran serangan da distorsi golongan Islam liberal ini. Buku ini juga menjawab kekeliruan yang dicetuskan oleh golongan liberal seperti dekonstruksi Shari’ah, pluralisme agama, hermeneutika, kebebasan berijtihad, kesetaraan gender dan lain-lain yang dilakukan atas nama kebebasan berpendapat, relativisme dan subjektivisme. Dengan berpandukan karya-karya besar ulama’ muktabar sepanjang zaman, penulis membongkar akar-akar pemikiran Islam Liberal, konspirasi di sebalik fenomena ini dan menunjukkan kerancuan epistemology dan metodologi yang digunakan. Lebih dari itu, penulis juga memberikan jalan keluar dari kemelut jati diri dan krisis pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam di zaman ini.

DR KHALIF MUAMMAR merupakan Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh B.A. dalam bidang Shari’ah dan Pengajian Islam dari Universiti Mu’tah, Jordan; M.A. dan Ph.D. dari ISTAC, UIAM dalam bidang tamadun Islam.

Kepekaan intelektual Khalif Mu`ammar selayaknya mendapat apresiasi para khalayak dan buku yang membahas secara serius isu “Islam Liberal” ini wajar dicatat sebagai a must read book.

-Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

Product Detail:
ISBN: 9789839989748
Author: Khalif Muammar
Publisher: ATMA, UKM
Year: 2009
No of Pages: 340
Price: RM49.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Berminat untuk memiliki buku ini?

Ikuti arahan berikut:


1. SMS 019-2232002 (Taip <Penjara-Item10Jun09>)
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net