Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Apr-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
SULTAN PUN BLOG - BUKAN SULTAN BIASA

SULTAN PUN BLOG
Sedikit sebanyak mengenai SULTANMUZAFFAR:

Muzaffar Mustapa atau lebih dikenali sebagai Sultanmuzaffar di kalangan pembaca-pembaca blognya mulakan hobi baru dalam bidang penulisan blog sejak 26 Februari 2002.

Oleh kerana penulisannya yang konsisten dengan profesionalisme dalam memegang etika penulisan dengan serius (walaupun pendidikannya di dalam bidang teknologi maklumat), Sultanmuzaffar telah meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari kumpulan-kumpulan independen.

Antara penganugarahan yang dicapai ialah Anugerah Khas Juri di Anugerah Geng Jurnal 2003, Blog Bahasa Asing Asia Terbaik untuk Anugerah Weblog Asia 2003, Penerima Anugerah Weblog Terbaik (AWET) di Anugerah Geng Jurnal 2004, Anugerah Khas Juri, Blog Infotainmen Terbaik, Yoyooh.com 2009 dan Calon Akhir Kategori Media, Blog4FT 2009-2010. Beliau juga pernah tersenarai dalam Malaysian Future 01 : “Fantasia Crossover”, majalah Off The Edge September 2006.

Sultanmuzaffar (bukan seorang berdarah raja) pernah diberi kepercayaan untuk menjadi Panel Juri Anugerah Geng Jurnal 2005 & 2006 dan Panel Juri Anugerah Industri Muzik 16 & 17, 2009-2010.

Kedua-dua bidang kepakarannya; teknologi maklumat dan penulisan juga menarik perhatian beberapa produksi dalam memberi publisiti kepada karya produksi mereka. Antaranya ialah dilantik sebagai Penyedia Kandungan Internet Teater “OPs OPHELIA: A Fashion Opera”, terbitan Artseefartsee Theater June 2004, Penyedia Kandungan Internet Portal Akademi Fantasia 2005-2007, Penyedia Kandungan Internet Puteri Gunung Ledang The Musical : Musim II Ogos 2006, Penyedia Kandungan Internet Puteri Gunung Ledang The Musical : The Esplanade, Singapura Nov 2006 dan Penyedia Kandungan Internet, Puteri Gunung Ledang The Musical : Musim III Feb 2009.

Selain kepakaran dalam bidang maya, beliau juga pernah menjadi Pengurus Publisiti, filem “Karaoke” untuk tayangan pada November 2009.

Dunia blognya juga telah membawa beliau sebagai blogger selebriti di mana beliau mewakili Malaysia untuk Cerebos Brand Blogger Challenge di Singapura, 2008 dan Jurucakap Blogger untuk Kempen Broadband Maxis 2010.

Sultanmuzaffar juga berkecimpung secara langsung dalam bidang persembahan apabila menjadi Pelakon untuk produksi teater “Rumah Kedai Jalan Seladang” terbitan Akar Gita Estetika di Festival Teater Kuala Lumpur April 2003.

Book Detail

Publisher: OXYGEN MEDIA
Year: 2010
RM30.00*

*excluding postage charges

To order;


1. Pls SMS 019-2232002 (Type <SULTAN PUN BLOG>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net