Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Apr-2011 18:01 Email | Share | Bookmark
Pada Sebuah Ketentuan

Bunting Ayam
Cover Ayam
Tajuk Buku : Pada Sebuah Ketentuan -puisi dan catatan Ayam Fared
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem

Prakata oleh Amaluddin Zhafir

Tajuk: Melalonibaquloikeh

Sebelum menulis, Babi ini sedang menunggu lebih sejam di depan sebuah klinik, sambil makan durian bersama seorang pesakit.

Waktu hujan tengah merendang, di Sentul, Babi ini mula menulis.

Dalam menulis super pantat, sebagai salah satu “suara anak muda,” (merujuk kepada apa Ayam gelarkan kepada Babi ini tak lama dulu) adalah perkara yang sangat-sangat mudah:

telan sebelum mula.
bila letih, itulah penghujungnya.
dan bila disiar,
berat-berat malu ini
akan berciciran sepanjang jalan,
sampai mampus.

Mereben tamat di sini; sesi meracau, bermula.

Persoalan: Siapa Ayam Fared? Sebab apa dia menulis? - benda ni, hampa boleh google sendiri.

Alasan-alasan klise tentang “sebab apa menulis,” dah macam orang politik/aktivis - bosan, merendang, berkickkan kenaifan, dan syok sendiri.

Ayam Fared pernah cakap dekat aku dulu bila ditanya, macam mana dia boleh cool bila berhadapan dengan sekumpulan polis agresif. Katanya, dia boleh cool sebab satu benda: Puisi. Puisi weh! Ah, betapa suci murninya kegelapan Ayam Fared. Nak menangis, tapi ego ni menggagapkan pula.

Aku tangkap yang dia menulis puisi untuk meluahkan kemarahan dia. Kalau tak percaya, hang pi tanya brader-brader ultra cool kat Frinjan dll., macam mana Ayam perform. Atau semak kat youtube lah senang.

Revolusi semua di youtube.

Tapi, selepas dia buang kemarahan dia, apa dia rasa lagi? Aku tak tau, aku tak nampak dan sememangnya aku buta dengan kehijauan sintetik.

Bagaimanapun, kepedulian kita-kita, yang kemaruk membaca puisi, bukan pada personaliti Ayam, atau t-shirt Pagoda dia pakai tu ori ka tak.

Kepedulian kita, sebagai makhluk rasional tak percaya hantu, sepatutnya diletakkan pada ‘suara’ dia, pada puisi dia.

Apa puisi dia tulis ni?

Hah, ini kes berat. Nak menggunakan suntikan pseudo-intelektual, dan mengeluarkan perkataan-perkataan, sangat-sangat menyesakkan aku. - aku bukan dalam arena itu.

Lintas katok bila berxanax, lari bila ada masalah.

Tapi, tunggu dulu, godam dulu dan tapis berlapis puisi-prosa-cakar dari makhluk ini. Cakar-cakar ‘curi’ dari Ayam Fared ini, pelik luarannya, normal dalamnya. Niatnya, niat murni. Hatinya, adalah inner longing kita semua - nak kick 24 jam.

Dan dunia sedang menunggu setiap kegilaan supaya menjadi pahala. Puisi adalah malapetaka meteoroid dari dunia intergalaktik prosa pujangga ini yang wanginya membuatkan mata-mata angkuh tertunduk terkejut melihat kaki sendiri (sebab kebodohan, graviti dilupakan).

Tetapi dalam lingkungan penyair-penyair ini - tiada sempadan.

Dan setiap keping hati, mata, telinga dan segala bana daging-daging/ jiwa-jiwa yang terdesak melawan kebodohan, ketidakfahaman perkataan, buat-buat angguk tanda setuju faham, akan mampus - seperti pengulangan sejarah, seperti CD calar yang dah dimain berulang kali. Tempat mereka dalam sejarah, ada dalam perut ulat-ulat di kubur.
Tarak guna sesen pun.

Mampus, mampus dan mampus, bila para manusia gila, para ahli falsafah jalanan, para penyair lorong, para pelacur muda, para aktor dadah, banduan-banduan sunyi-berisi, dan para si celaka tak rindu mak bapa di kampung, bangun sebagai SATU malapetaka dan berkongsi sejuta cita dan rasa sebagai seekor, seekor, seekor, seekor AYAM.

Ini, mukasurat seterusnya ialah mengenai Ayam Fared. Ayam Fared, yang sekarang ini ditertawa berdekah-dekah oleh malaikat/setan, untuk sebuah ketentuan.

Zhafir,
Aficionado logi nuklear.


MAKLUMAT BUKU

Author: Ayam Fared
Halaman:
ISBN: 978-967-10126-2-8
Tahun: 2011
Harga: RM20 (tak termasuk kos penghantaran)

To order;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <Pada Sebuah Ketentuan>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net