Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Apr-2011 12:00 Email | Share | Bookmark
APA ADA DENGAN LIBERALISME

 
APA ADA DENGAN LIBERALISME sebuah buku ringkas pemahaman prinsip liberalisme melalui teori-teori klasik yang terkenal. Antaranya Ralf Dahendorf, Karl Popper, Friederich A. von Hayek dan Hernando de Soto.

Dahendrof menjelaskan kapitalisme yang mempunyai ciri-ciri berstrukturkan kepelbagaian kelas dan sistem pertalian kuasa yang mudah berubah.

Karl Popper pula memandangkan pengetahuan manusia berada di dalam peringkat pertumbuhan yang berasal daripada evolusi sejarah manusia dan beliau beranggapan bahawa mtafizikal dan indeterminisme sejarah bergerak seiringan.

Friedrich A. von Hayek pula terkenal dengan falsafahnya berkaitan dengan liberalisme klasik dan kapitalisme pasaran bebas yang berlawanan dengan pendapat sosialis dan kolektivis. Beliau menyokong prinsip kemasyarakatan yang berlandaskan kepada pasaran yang ana apparatus kerajaan menguasai kebanyakan perkara dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang.

Hernando de Soto membincangkan konsep harta yang berpendapat kewujudan peruntukan massa menjanakan ekonomi yang seiringan daripada faktor legal (undang-undang) dan extralegal (di luar lingkup undang-undang).

Liberalisme juga percaya kepada peluang yang sama dalam mendapat tempat di dalam masyarakat, tidak mengira warna, gender, dan bangsa. Bagi mengecapi ini, setiap orang haruslah mempunyai pembahagian kekayaan yang sama kecuali apabila berhadapan dengan keadaan di mana pembahagian tersebut tidak mampu untuk memperbaiki kebajikan rakyat.

Para liberalis melihat kebebasan sebagaisatu matlamat. Manusia tidak boleh hidup tanpa kebebasan, masyarakat juga tidak boleh berfungsi tanpanya. Hasilnya, idea mengenai kebebasan telah memainkan peranan di mana jua dan pada setiap masa. malah, pada zaman dahulukala, tradisi hukum alam, walaupun mengutamakan masyarakat, menuntut ruang-ruang kebebasan yang harus dilindungi dari pencabulan.

Liberalisme tidak pernah bertoleransi kepada prinsip yang tidak berperikemanusiaan, Apatan lagi ianya tidak memberi peluang adil kepada setiap manusia.

MAKLUMAT BUKU
Author: Faisal Mustaffa
Halaman:46
ISBN: 978-967-10126-1-1
Tahun: 2011
Harga: RM5 (tak termasuk kos penghantaran)

To order;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <APA ADA DENGAN LIBERALISME>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net