Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Sep-2011 12:00 Email | Share | Bookmark
DVD Teater SHORT EYES

SHORT EYES
Sinopsis

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Teater SHORT EYES ini dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Taiyuddin Bakar, Khairunadzwan Rodzy, Tayanithi, Khairil Ridzuan K'N, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta, Xavier Fong, Nam Ron dan penampilan istimewa, Faisal Mustaffa.

Rakaman tersebut dibuat pada 5-8 Ogos 2010 di PJLA.

MAKLUMAT DVD

Harga: RM15 (tak termasuk kos penghantaran)

To order;


1. Pls SMS 017-6730235 (Type <DVD SHORT EYES>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net