Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jan-2012 12:00 Email | Share | Bookmark
SEMBANG TEPI JALAN

SEMBANG TEPI JALAN
SINOPSIS

Penerbit, penulis lagu dan penyanyi independen, Meor Yusof Aziddin (1967) menganggap negara ini masih tidak memberi kebebasan kepada golongan seni utuk berkarya mahu pun berkespressi.

Sungguhpun beliau berpeluang untuk menerbitkan album di arus perdana dengan sekatan, beliau lebih selesan untuk menghasilkannya sendiri dengan konsep yang digemari mengikut citarasanya.

Meor yang sudah menjadi pemuzik jalanan sejak 2000 berkata, beliau perah ditahan pihak berkuasa dan dihumban ke dalam lokap untuk empat malam di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hanya kerana menyanyi di jalanan. Menceritakan pengalamannya, beliau ditahan kerana disyaki menghisap dadah dan operasi dilakukan semasa persidangan Asean Summit 2004 lalu.

Namun, insiden tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bernyanyi kerana baginya, dia tidak menyalahi apa bentuk undang-undang - hanya menyanyi lagu-lagu rakyat.

"Mengapa artis perlu disekat daripada menyanyikan lagu-lagu yang diingin?" Bukankah itu hak saya" Beritahunya kepada wartawan Roket.

Baginya, muzik ialah sebahagian daripada kehidupannya dan tidak dapat lari daripadanya.

Sambil menyusuri hari-harinya sebagai pemuzik jalanan, Meor mendokumentasikan pengalamannya sejak Januari 2004 dan akhirnya lahirlah 'Sembang Tepi Jalan'.

Pelbagai isu yang dibincangkan Meor termasuk prinsip, pegangan, kepercayaan dan muziknya.

KETERANGAN BUKU
Judul: SEMBANG TEPI JALAN
Penulis: Meor Yusof Aziddin
Mukasurat: 164
ISBN: 967-10126-7-3
Harga: RM 20 (tidak termasuk kos penghataran)

UNTUK MEMESAN;

1. Sila SMS 017-6730235 (Type <SEMBANG TEPI JALAN>)
2. After confirmation from the administrator, pay the amount to maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net