Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jan-2012 08:20 Email | Share | Bookmark
Wacana Baru Politik Malaysia:

Wacana Baru Politik Malaysia
Wacana Baru Politik Malaysia: Perspektif Ruang Awam Budaya dan Institusi

SINOPSIS

Topik yang dibincang dan dianalisis terarah kepada kemunculan ‘politik baru’ yang berteraskan partisipasi dan tidak formal – landskap dan evolusi politik masyarakat sivil, politik budaya kumpulan seni, usaha mengembalikan fungsi ruang awam, politik budaya kumpulan seni, usaha mengembalikan fungsi ruang awam, politik hak asasi manusia, persoalan gender, dan membaca Habermas dalam konteks Malaysia – dan bagaimana unsure-unsur politik baru ini saling bertingkah dengan ‘politik lama’ yang formal dan procedural – politik Melayu di persimpangan, UMNO dan konservatisme, serta hubungan kekuasaan antara institusi agama dan NGO wanita. Dalam tinjauan terhadap topik tersebut, para penulis memberi perhatian pada kedua-dua factor – struktur dan juga agensi. Melalui agensi, beberapa aspek politik lama telah ditinggalkan. Kini, sesudah beberapa dekad perstrukturan semula ekonomi dan masyarakat, diikuti Reformasi dan Tsunami 2008, politik Malaysia tidak hanya berbaur perkauman, dan penglibatan politik tidak hanya terperangkap dalam kerangka pilihanraya
atau parti politik semata-mata, sebagaimana dulu. Perubahan telah berlaku! Namun, disebabkan sebahagian institusi dan prosedur politik lama masih wujud dan ternyata tidak mudah untuk ditangani – malah institusi ini masih mampu mempengaruhi kesedaran sebahagian masyarakat – maka, yang kita saksikan kini bukanlah perubahan total, melainkan campuran beberapa kesinambungan politik dan budaya politik lama yang menyebabkan politik di Malaysia menjadi sebegitu kompleks. Di tengah-tengah kerencaman inilah, buku ini hadir untuk menawarkan kefahaman bagi mendepani cabaran politik Malaysia kini. – Dr. Francis Loh

MAKLUMAT BUKU

Penulis: Haris Zuan and Rizal Hamdan
Penerbit: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)
Tahun: 2012
ISBN: 9789675832482
212 Halaman
RM25.00 /S$16.30 *tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <Wacana Baru Politik Malaysia>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net