Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Aug-2012 14:14 Email | Share | Bookmark
CERPENTWITTER

cerpentwitter cover
SINOPSIS

CerpenTwitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh Ajami Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada 15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter. Asalnya ia hanyalah sekadar melepaskan kebosanan untuk menulis apa sahaja perihal yang terlintas di fikirannya. Namun kemudiannya ia berkembang menjadi kegilaan untuk bercerita di laman media sosial itu setiap hari. Setelah lebih setahun, Ajami telah berjaya mengumpul beratus-ratus cerpen. Dia mencabar dirinya sendiri untuk menulis cerpen tidak melebihi dari 140 aksara di ruang twitter yang terhad dan seboleh-bolehnya menggunakan ejaan penuh. Buku ini ialah koleksi 500 cerpen terpilih yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu drama, misteri dan komedi. Drama ialah cerpen-cerpen yang agak serius atau aneka frasa. Misteri ialah koleksi cerpen yang ada aksi ganas, seram, sains fiksyen atau pelik. Manakala komedi ialah aneka cerpen yang berunsur jenaka gelap atau terang yang sekurang-kurangnya mengundang senyum dalam hati. Setiap cerpen menceritakan sebuah situasi, monolog, dialog, perasaan, pendapat, persepsi atau sekadar ayat yang bebas ditafsirkan oleh sesiapa yang membacanya. Kadangkala ada juga cerpen yang berantaian jika dibaca secara berterusan tetapi masih boleh dibaca secara berdikari tanpa mengikut kronologi. Terdapat juga cerpen-cerpen yang bermula dari ayat permulaan yang sama diikuti oleh ayat seterusnya yang menjadi cerita yang berasingan. Malahan Ajami pernah mengajak pengikut akaun twitternya untuk mencadangkan sepatah perkataan yang dikembangkan menjadi sebuah cerpen.

Kata pengantar oleh Sayed Munawar SMM dan Sultanmuzaffar

MAKLUMAT BUKU
Judul : CerpenTwitter
Pengarang : Ajami Hashim
Penerbit : Merpati Jingga
ISBN : 9789671118528
Bahasa : Malay
Tarikh terbit : 14 Ogos 2012
Jenis buku : Paperback
Kategori : Fiction
Halaman : 52
EDITION : First Edition
RM15.00 *tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <CERPENTWITTER>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net