Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Aug-2012 13:18 Email | Share | Bookmark
CERPEN NADIA KHAN

CERPEN NADIA KHAN
SINOPSIS

Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011.

Cerita-cerita dalam kumpulan ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat dan kerjaya. Turut diselitkan cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.

Cerpen “Puaka Pak Jaha” dari buku ini boleh dibaca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1227&pub=utusan_malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

MAKLUMAT TENTANG BUKU

Penulis: Nadia Khan

263 mukasurat / RM18.90*

ISBN: 978-967-0374-15-4

Cetakan Pertama: September 2012

*tidak termasuk kos penghantaran

Biodata Penulis:

Nadia Khan atau nama surat beranaknya Nadia Binti Mohamad Hatta mula mengganggu hidup ahli keluarga dan sahabat-sahabat dengan penulisannya sejak di bangku sekolah lagi. Tak cukup dengan itu, ketenteraman sejagat juga mula diganggu sebaik sahaja penulis ini tamat pengajian sebagai seorang doktor perubatan, dan mula menerbitkan novel bersiri di kapasitor.net dan cerpen-cerpen di media cetak. Namun kekacauan sebenar bermula ketika novel pertamanya, KELABU, diterbitkan oleh Buku Fixi. Kini bekerja sebagai tutor di sebuah fakulti perubatan, penulis ini berazam untuk terus menghantui hidup semua dengan hasil penulisannya.

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <CERPEN>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net