Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Sep-2012 12:00 Email | Share | Bookmark
Cina Peranakan Tirok Terengganu

Cina Peranakan Tirok Terengganu
SINOPSIS

Pengekalan dan peralihan identiti merupakan dua isu genting yang mempengaruhi kewujudan Cina Peranakan di Negara ini. Hal ini demikian kerana pembentukan identity kumpulan subetnik Cina ini terhasil daripada proses akulturasi oleh orang Melayu yang menyebabkan mereka memperlihatkan dwiidentiti yang unik. Proses akulturasi ini amat bergantung kepada interaksi sosiobudaya yang berlaku secara kerap antara mereka dengan orang Melayu. Selagi factor-faktor asal yang mendorong kekerapan interaksi sosiobudaya ini berkekalan, selagi itulah identiti Cina Peranakan dapat dikekalkan. Pada hakikatnya, oleh sebab perubahan dimensi sosiobudaya, identity Cina Peranakan di Negara ini semakin terhakis.
Monograf ini meninjau isu pengekalan dan peralihan identity sekumpulan Cina Peranakan yang menetap di negeri Terengganu. Generasi tua kumpulan Cina Peranakan ini masih mengekalkan identity Cina Peranakan yang asal. Namun, dalam kalangan generasi muda, sudah berlaku peralihan identity. Walau bagaimanapun, tahap peralihan identity ini berbeza antara generasi kedua dengan generasi ketiga masa kini. Sementara generasi kedua masa kini masih mengekalkan kebanyakan penanda identity Cina Peranakan, generasi ketiga masa kini tidak lagi memperlihatkan penanda identity yang beloeh mengaitkan mereka dengan Cina Peranakan. Dari perspektif yang lain, peralihan identity kumpulan Cina Peranakan ini juga dapat dilihat dari segi perubahan landskap budaya penempatannya yang menjejaskan keunikan identity kolektifnya sebagai sebuah komuniti Cina peranakan.

Tan Yao Sua berkelulusan doctor falsafah dan merupakan pensyarah kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bidang penyelidikan beliau mencakupi kajian Cina Malaysia, analisis dasar pendidikan, sosiologi pendidikan dan pendidikan minority.
Kamarudin Ngah berkelulusan doctor falsafah dan merupakan professor madya merangkap timbalan pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Bidang penyelidikan beliau mencukupi pembangunan komuniti, kerajaan tempatan dan perancangan pembangunan.

KETERANGAN BUKU
Judul: Cina Peranakan Tirok Terengganu: Pengekalan dan Peralihan Identiti
Penulis: Tan Yao Sua & Kamarudin Ngah
Penerbit: Strategic Information and Research Development (SIRD)
Mukasurat: 102
ISBN: 9789675832703 (PB)
Tahun: 2012
Harga: RM18.00* (PB)
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <Cina Peranakan Tirok Terengganu>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net