Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Sep-2012 12:00 Email | Share | Bookmark
SUMBAT

SINOPSIS

Ramuan SUMBAT:

250 ml Dendam, jenama “Silam”

150 gm Rahsia Hitam

50 gm Cinta, paket “Terhalang”

3 sudu besar Air Mata

Setengah cawan Pengorbanan

5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)

8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Caranya:

Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang.Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan setengah cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum senyuman. Voila!


KETERANGAN BUKU

Penulis: Faizal Sulaiman
ISBN: 978-967-0374-21-5
316 mukasurat
RM19.90* (tidak termasuk kos penghantaran)
Cetakan Pertama: Disember 2012

Biodata Penulis:

Muhamad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 1985 di Batu Pahat tetapi membesar sepenuhnya di Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak zaman sekolah tetapi karyanya tak pernah tersiar di majalah sekolah. Mula merapu di SeindahDuniaKita sejak 2008 dan berkicau tak henti di Twitter (@faizalsulaiman) sehingga kini. Meminati aktres Maya Karin, melancong dan mencuba makanan baru, ketiga-tiga elemen ini terhimpun dalam SUMBAT yang juga merupakan novel pertamanya.

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <SUMBAT>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net