Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Feb-2013 16:19 Email | Share | Bookmark
Surat-surat untuk Kaherah

Surat-surat untuk Kaherah
SINOPSIS

Tahun demi tahun yang berlalu menghayutkan latar pada era tertentu. Kisah yang pernah ditatap di
lembaran akhbar seperti al-Arqam dan Aisyah Bukhari tertinggal menjadi nostalgia. Di dalam merentasi
kisah demi kisah insan lain, terkadang kita tidak dapat mengelak dari dikurung nasib yang sama.
Menoleh ke belakang tidak memberi kita kemampuan untuk menyatukan kembali serpihan kaca yang
berderai, dihempas takdir. Mengutip serpihan itu cuma akan menghiris jari. Namun, ku rapatkan
serpihan itu sebagai mengimbas sebuah kecintaan pada persahabatan.

Surat-surat untuk Kaherah merupakan nota kehidupan beserta nilai persahabatan yang dirakam
di dalam naskhah penulisan. Hanim mengutus warkah ke Kaherah sebagai tali untuk menarik Wafa
kembali ke sisi Illahi. Calitan kenangan demi kenangan di bandar kecil, penempatan setinggan dan
sekolah rendah bersatu dalam ingatannya terhadap Wafa Thahirah. Anak kecil yang dua puluh tahun
dahulu dibuli kini bertukar posisi sebagai insan yang paling dikasihi. Wafa Thahirah semakin menghilang
dan Hanim umpama mendakap bayang-bayang. Mampukah rasa kasih yang dikurniakan Allah membawa
Wafa Thahirah mencari jalan pulang?

BIODATA PENULIS

Dilahirkan pada Mei 1986 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Pengarang (sebut Maisarah Mansor) meminati bidang pendidikan, anatomi, mendaki gunung dan dalam usaha untuk menguasai bahasa asing dengan baik. Pengarang membesar di persisiran Selat Melaka dan merupakan bekas pelajar jurusan Sains Hayat sehingga tahun 2005, sebelum memilih Multimedia Animasi sebagai laluan akademik sehingga tahun 2009. Beliau kemudiannya bertukar arah ke bidang Kesusteraan pada tahun 2010 untuk memikul amanah memperjuangkan sastera kitab. Dengan kelahiran karya-karya kecilnya, pengarang berharap ia sedikit sebanyak membantu ahlul bait dalam memperkembangkan dakwah dan memelihara serta memulihara umat Islam di Malaysia khususnya. Insyaallah.


MAKLUMAT BUKU
ISBN-13: 978-967-11185-6-6
Tarikh Terbit: 4 Jun 2009
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Novel
Penerbit: Merpati Jingga
Harga: RM21.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 017-6730235 (Type <Surat-surat untuk Kaherah>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net