Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Feb-2013 08:33 Email | Share | Bookmark
MENITI ZAMAN

MENITI ZAMAN
SINOPSIS:
Buku ini mengisahkan perjalanan hidup yang merentas zaman pemerintahan Jepun, British dan peristiwa-peristiwa yang amat penting penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dan penubuhan UMNO. Semua peristiwa ini adalah penting kerana implikasinya terhadap proses kemerdekaan negara. Amat menyedihkan kerana semua peristiwa ini yang merupakan asas kepada pembentukan dan pencorakan negara kita sehingga kini sudah banyak dilupakan dan tidak lagi diambil tahu oleh golongan muda-mudi kita sekarang.

Buku ini juga memberi gambaran pada amalan, budaya serta bentuk kehidupan masyarakat yang sudah tidak lagi diamalkan dan sekiranya tidak diceritakan pasti akan lenyap begitu sahaja. Ini seterusnya bermakna akan hilang aspek-aspek pengetahuan, fahaman masyarakat dan cara hidup period.

BIODATA PENGARANG:
Ramli Ngah Talib dilahirkan di tengah-tengah kawasan luar bandar Malaysia, iaitu di Pasir Salak, Perak. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampong sebelum meneruskan pengajian terawalnya di Teluk Anson (kini dikenali sebagai Teluk Intan) dan seterusnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Queen’s University, Belfast sebelum meneruskannya di Inns of Court, London. Beliau telah mencapai kemuncak dalam kerjaya pilihannya, yang pertama, sebagai Menteri Besar Perak selama 18 tahun dan akhirnya dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.

Maklumat Buku:
Tajuk: MENITI ZAMAN
Pengarang: RAMLI BIN NGAH TALIB
Tahun terbit: 2010
Harga: RM 99 (kulit tebal)
ISBN: 978-967-5277-13-9
Berat : 0.65 kg (kulit tebal)
Halaman: 320

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <MENITI ZAMAN>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net