Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Aug-2013 09:56 Email | Share | Bookmark
AKU.DIA.DUNIA

AKU.DIA.DUNIA front
AKU.DIA.DUNIA back
Prakata oleh Adam Adli

Petikan puisi:

andai satu hari nanti
ilmu itu jadi transaksi
pasti mereka berpusu pusu
berlari telanjang ke sekolah
merangkak rangkak ke universiti
hanya untuk garap sedikit kata tahu
agar dapat mereka jadikan belanja harian

ini hanyalah andaian
jangan gusar
duit masih lagi ruji dunia kita

BIODATA PENULIS

AMIR AMIN BIN ABD HALIM

Dilahirkan pada 10 November 1990 di Hospital Butterworth, Pulau Pinang. Membesar di Kuala Lumpur dan bersekolah di SK Brickfields 1, Sekolah Agama Al Hidayah Bangsar, SMK Segambut Jaya dan SBPI Rawang. Sewaktu di sekolah merupakan seorang pelajar yang tidak rajin tetapi juga tidak malas. Pernah lari ke kelas aliran teknikal kerana tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas aliran sains agama ketika tingkatan 4. Mula meminati mata pelajaran matematik sebelum meminati seni lukisan sewaktu sebelum mendekati seni penulisan. Oleh kerana itu, Amir melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang tidak jauh menyimpang dari seni yang diminatinya.

Sewaktu buku AKU.DIA.DUNIA ini disiapkan Amir masih menuntut dalam bidang Seni Bina di Universiti Teknologi Malaysia. Kecenderungan untuk menulis buku ini bermula sejak tahun pertama berada di kampus. Persekitaran di sekeliling yang bermacam karenah membuahkan ilham di dalam penghasilan penulisan ini. Seterusnya, minat ini diperkuatkan lagi dengan penglibatan di dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang realitinya banyak membantu di dalam mendalami isu dan mencari bahan untuk penulisan-penulisannya. Antara penulisan dari Amir boleh dilihat di pejuang-seni.blogspot.com.




MAKLUMAT BUKU

Judul: AKU.DIA.DUNIA
Pengarang: AmirAminHalim
ISBN: 9789670584034
Halaman: 152 mukasurat
Harga: RM20*
Terbitan: 2013

*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <AKU.DIA.DUNIA)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net