Want your
own Fotopage?








 
Tokobuku Faisal Mustaffa

By: tokobuku faisalmustaffa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Oct-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Linguistik Melayu

LINGUISTIK MELAYU
Editors : Zulkifley Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman

Publisher : Penerbit UKM

ISBN Number : 967-942-758-7

Year : 2006

Total Pages : 178

Price : RM30 (tidak termasuk kos penghantaran)

Deskripsi Buku:

Linguistik Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori, aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini menghuraikan secara jelas topic yang berkaitan dengan fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantic dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara disiplinmencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa, linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolinguistik dan sebagainya. Linguistik Melayu juga menjelaskan kepada pembaca tentang kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan sehari-harian kita. Bidang linguistik berkait rapat dengan kehidupan sehari-harian kita. Bidang linguistik berkait rapat dengan aktiviti hidup kita, khususnya lakuan bahasa, iaitu dalam penyampaian dan pemahaman maksud. Kesemu aspek dan topic ini dihuraikan dengan jelas dan secara mudah dalam buku ini. Kehadiran buku ini dapat menjadi bahan bacaan yang berguna kepada pelbagai golongan pelajar, khususnya para pelajar yang mengikuti program pengajian bahasa Melayu, linguistik, pendidikan dan komunikasi dan amat bermanfaat untuk guru bahasa Melayu, pelajar maktab perguruan, peminat dan pejuang bahasa Melayu serta individu yang meminati bidang pengajian dan pengkajian bahas Melayu.

Berminat untuk memiliki buku ini?

Ikuti arahan berikut:


1. SMS 019-2232002 (Type LINGUISTIK MELAYU)
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan* wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605.

* pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net